Membenci sesuatu/seseorang sebenarnya tidak membawa kepada kebaikan.
Kebencian sebenarnya boleh menjadikan sesuatu perkara itu terlekat di
fikiran kita secara senyap dan terus menghantui kita.
Kita
berhutang dengan seseorang dan membencinya serta cuba melupakan hutang
itu. Yang lebih teruk lagi kita membenci pula orang yang kita berhutang
itu. Semakin kita cuba mengelak dari mengingatinya semakin bercelaru
fikiran kita.
Kita perlu menerima hakikat yang kita telah
berhutang dengannya, barulah dengan cara itu kita akan mencari jalan
untuk menyelesaikan hutang tersebut. Mengelak diri dari bertemu
sepemberi hutang adalah penyelesaian sementara sahaja. Esok lusa,
mungkin kita akan bertemu dengannya di rumah saudara kita, yang mana
telah berkahwin pula dengan saudaranya.
Kebencian yang melampaui batas juga memungkinkan seseorang itu, membuat
fitnah terhadap musuhnya. Kebencian juga menjadikan seseorang itu hilang
pertimbangan dan percaya kepada fitnah tersebut.
Sebaiknya, kita perlu bersangka baik dengan semua orang. Nabi s.a.w. sendiri telah mengingatkan:
"Awas kamu dari sangkaan itu, kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong bicara". (Riwayat Bukhari).
"Jika engkau menyangka (buruk), jangan engkau sampai mengiyakannya!" (Riwayat Thabarani).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment