JellyPages.com

Thursday, December 27, 2012

Assalamulaikum...

Sudah sekian lama saya tidak menulis...
rasa rindu pulak...
exam STPM sudah aku tempuhi...
lepas nie aku bukan pelajar sekolah lagi...

selepas tamat sekolah,
kekawan ku membawa haluan masing2...
tiada lagi kedengaran suara mereka,
gelak tawa mereka,
tiada lagi pergaduhan antara mereka,
tiada lagi bermasam muka, cemburu...
dan sebagainya...

itu hnya kenangan sepanjangan kita bersama...
terasa sunyi, dan rindu
bila teringat kisah2 dulu...



WAJAH2 SAHABATKU...


Rindu kat kalian semua...!!!

Sampai di sini shaja...
Bubye....

Wassalam...

Tuesday, August 21, 2012

CeRiTa Di AiDilFitRi 2012...

LAGU hari raya telah berkumandang di sana sini begitu menusuk kalbu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tiket bas ke beberapa destinasi telah habis dijual dan ada juga yang termenung panjang kerana tidak dapat tiket pulang ke kampung halaman masing-masing.

Di alam maya pula masing-masing sibuk telah mula meletakkan status selamat Hari Raya Aidilfitri ke Facebook dan Twitter penuh dengan pelbagai cerita hari raya.

Zaman dahulu anak-anak muda membuat sendiri meriam buluh karbaid dan sibuk menebang pokok-pokok buluh terpilih di hutan belantara. Penghujung Ramadan kita boleh mendengar hampir setiap malam acara memasang meriam buluh karbaid. Namun jarang kita mendengar ramai yang cedera. Itu kisah dahulu tetapi sekarang hampir setiap minggu surat khabar memaparkan kejadian kehilangan jari akibat bermain mercun.

Kisah bongkah air batu yang dibeli di bandar diliputi dengan habuk papan dan disimpan dalam tanah sebelum dijual kepada penduduk kampung telah agak asing untuk kita dengar pada hari ini. Dahulu bukan senang untuk mendapatkan air batu kerana ramai orang kampung waktu itu tidak mampu memiliki peti ais.

Pelbagai kisah perbandingan sambutan hari raya dahulu dan sekarang. Tetapi paksinya tetap sama iaitu kita menjalinkan silaturahim di hari raya ini dengan budaya kunjung mengunjung. Inilah di antara cerita yang mewarnai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pelbagai ragam dan cara yang tersendiri.

Apa yang pasti Ramadan pada kali ini banyak meninggalkan pelbagai cerita dan kejadian yang mungkin akan dikongsi bersama dengan keluarga atau rakan-rakan apabila pulang berhari raya.

Warga kota telah mula meninggalkan kota raya Kuala Lumpur, lubuk untuk mencari rezeki. Pada tahun ini mungkin ada yang akan membawa pulang kereta baru atau mungkin yang mempunyai rezeki yang lebih akan membawa pulang kereta-kereta mewah.

Alhamdulillah pada ketika ini, kita dapat meraikan Aidilfitri dengan suasana meriah. Namun kita tidak pasti selepas ini sama ada Aidilfitri pada masa akan datang kita akan bergembira atau menangis.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Friday, August 17, 2012

Jom CeCeRiTa...

Hye apa kabor..???
lama x upload blog...
skrng nie dah mula cuti sekolah...
tinggal dua ary lagi nk raya...

cikit lagi nak raya...
naik cuti raya...
aq nk exam trial...
risau aq....

raya2 gak...
buku jgn tinggal...
hahaha...
okla smapi disini shje aq dpt kongsi bersama...

SALAM RAMADHAN & SALAM AIDILFITRI....
MAAF ZAHIR & BATIN....

Friday, July 20, 2012

Fadilat Solat Tarawih

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua ibubapa mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

Saturday, July 7, 2012

Fadhilat Bulan Sya'aban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

BULAN SYA'ABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” 

Saturday, June 23, 2012

Jangan benci-membenci..^-^

Assalamualaikum semua pembaca Al-Hikmah,

“I benci dia. Benci! Benci! Benci!” (Bukannya Al-Hikmah benci sesiapa, cuma topik hari ni adalah mengenai benci)....

Ungkapan ini kerap kita dengar. Benci, perasaan terdorong akibat kita tidak gemar dengan perlakuan maupun perbuatan orang lain. Barangkali orang itu secara sengaja atau tidak telah menyakitkan hati, mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan “benci” dalam hati mereka. Allah Subhanawataala Maha Adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Ingat bahawa kehidupan kita umpama “echo” atau daya pantulan.
Inilah yang kita hadapi sekarang ini di zaman ini. Umat Islam mengetahui sebuah hadis yang maksudnya:
“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.” (Hadis riwayat Muslim).
Tapi sedarkah kita sahabat semua untuk melaksanakan hadis di atas? Sedarkah kita bahawa kebencian kepada saudara kita ada dua bentuk, iaitu pertama, benci kerana agama. Kebencian seperti ini boleh bahkan wajib, iaitu membenci saudaranya kerana kejelekan agamanya. Kebencian seperti ini tidaklah kebencian secara mutlak, dalam erti di samping rasa benci, ada juga dalam hatinya rasa cinta kerana masih saudaranya
.
Kedua, benci kerana dunia. Kebencian seperti ini haram hukumnya. Maka jika seseorang berasakan dirinya membenci saudaranya, maka hendaklah dia melihat kepada kebaikannya agar kebencian itu hilang.
Kalangan sahabat Nabi sudah memberikan contoh penerapan ajaran Islam berkaitan persaudaraan sehinggakan sepertimana firman Allah Subhanawataala di dalam Al-Quran.
Sahabat itu menyedari bahawa dalam persaudaraan mesti ada pengorbanan yang diutamakan. Al-Quran menjelaskan maksudnya:
“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Hasyr: 9).
Sudah terbukti dalam sejarah bagaimana mereka para sahabat berjaya dalam kehidupan mereka sehingga menjadi umat terbaik yang dimiliki masyarakat antarabangsa. Kejayaan mereka menerapkan semangat persaudaraan tidak terlepas daripada sebuah hadis yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat.” Para Sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Baginda Sallallahualaihi Wassalam bersabda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan untuk seluruh Muslimin.” (Hadis riwayat Muslim).

Di kalangan sahabat Nabi saling mendoakan kebaikan untuk saudaranya begitu juga orang yang mengikuti jejak mereka seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (Surah al-Hasyr: 10).

Jika para sahabat berjaya membina tamadun berlandaskan persaudaraan saling menasihati dan berdoa tanpa buruk sangka yang sesuai dengan zaman mereka, maka tidak ada sebabnya kita tidak boleh mengikuti jejak mereka untuk membina tamadun sesuai dengan zaman kita yang berlandaskan nilai murni ini. Dalam doa, nasihat dan persaudaraan ada keberkatan Allah Subhanawataala. Walaupun pada amnya ia kelihatan mudah tapi pada hakikatnya ia amat sukar kecuali bagi orang pilihan Allah. Wallahu a’lam!

Tip: Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? . . . tepuk dada tanya Iman.

Realiti kehidupan : KEBENCIAN

Membenci sesuatu/seseorang sebenarnya tidak membawa kepada kebaikan. Kebencian sebenarnya boleh menjadikan sesuatu perkara itu terlekat di fikiran kita secara senyap dan terus menghantui kita.

Kita berhutang dengan seseorang dan membencinya serta cuba melupakan hutang itu. Yang lebih teruk lagi kita membenci pula orang yang kita berhutang itu. Semakin kita cuba mengelak dari mengingatinya semakin bercelaru fikiran kita.

Kita perlu menerima hakikat yang kita telah berhutang dengannya, barulah dengan cara itu kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Mengelak diri dari bertemu sepemberi hutang adalah penyelesaian sementara sahaja. Esok lusa, mungkin kita akan bertemu dengannya di rumah saudara kita, yang mana telah berkahwin pula dengan saudaranya.


Kebencian yang melampaui batas juga memungkinkan seseorang itu, membuat fitnah terhadap musuhnya. Kebencian juga menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan percaya kepada fitnah tersebut.

Sebaiknya, kita perlu bersangka baik dengan semua orang. Nabi s.a.w. sendiri telah mengingatkan:
"Awas kamu dari sangkaan itu, kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong bicara". (Riwayat Bukhari).
"Jika engkau menyangka (buruk), jangan engkau sampai mengiyakannya!" (Riwayat Thabarani).

Sunday, June 17, 2012

Teman..Maafkan Diriku...

Maafkan diriku andai hati ini kurang mengerti,
Maafkan diriku andai diri kurang memahami,
Maafkan diriku andai seringkali menyakiti,
Maafkan diriku andai seringkali mengasari,
Maafkan diriku andai hatimu sering ku guris,
Maafkan diriku andai ada pertuturanku yang mencuit hatimu,
Maafkan diriku andai diri ini tidak sempurna dimatamu,
Maafkan diriku andai kasih sayang belum cukup kucurahkan padamu,
Maafkan diriku andai serba serbi diri ini kekurangan..

Aku amat menyayangi dirimu, 
Biar jarang sekali ku lafaz atau pancarkan di hadapanmu....

Friday, March 9, 2012

Kegelisahan Hati..

Termenung hati
Termenung mata
Termenung telinga
Termenung ku saat ini

Sesekali diam
Sesekali berteriak lantang
Kadang diam
Kadang lari tak bertujuan

Walaupun berteriak adalah sia-sia
Dan berlari tak berarti
Ku coba tuk bebaskan jiwa
Merdekakan hati

Kini tak kuasa menahan rasa
Kesempitan tiada tara
Sampai ku tak tahu
Harus begini atau begitu
Tak tahu apa
Dan harus bagaimana

Ya Rabbi…………
Yang membolak-balikkan hati
Tolonglah hambaMu yang hina ini
Agar tetap di jalanMu yang lurus ini
Kini dan nanti
Sampai mati

Thursday, February 23, 2012

Keterasaan Hati...;)

aq merasakan diri aq tidak diperlukan lagi...
sahabat yang ada sekarang tidak mcm dlu lagi...
mereka memikirkan diri mereka hebat...
bangga kerna mereka pandai, bijak, cerdik...

aq kecewa dgn sikap mereka...
mementingkan diri sendiri..
aq memerlukan seorg kwn...
aq memerlukan seorg memahami diri ku...

tapi apakan daya...??
aq tahu dyowg semua pandai...bijak...cerdik...
aq sgt kesal...terutama NURUL ATIQAH...
sejak dy dok asrama...
sikap dy berubah..
sakit hati aq....
geram sungguh...

nie semua luahan hati aq...
selama ini aq pendamkan...
naik darah aq...
aq je yang kena sabar...
aq nak jadi seorang penyayang...
hehehehe...;)
Dalam persahabatan berkecil hati antara satu sama lain merupakan perkara yang lazim berlaku terutama kepada individu yang mempunyai jiwa sensitif. Ia boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Antaranya ialah :-
1. Ditikam dari belakang oleh kawan. Bukan tikam dengan pisau ye.. Depan baik belakang buat cerita sana sini. Perkara ini selalu berlaku dan kadangkala menyebabkan permusuhan antara satu sama lain.
2. Bergurau kasar tak kena tempat. Kadangkala ada diantara kawan yang mempunyai mulut yang agak celupar tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tak semua orang boleh menerima cara gurauan kasar. Ada yang kecil hati dengan gurauan tersebut.
3. Sudah diberi pertolongan tapi tak beri penghargaan. Kadangkala tu buat tak reti je kalau kawan tu pula minta pertolongan.
4. Lupakan kawan bila sudah berjaya. Rasanya yang ni terjadi kat saya. Ada yang memang baik kat sekolah atau kat IPT tapi takde tanya khabar pun. Nak kata sukar nak cari memang tak munasabah terutamanya dengan perkembangan laman sosial sekarang ni. . ‘ Begitulah manusia. Banyak ragamnya kan?’ (meminjam ayat seorang blogger terkenal – cam takde kena mengena je.,. huhuhu).
5. Tak bayar hutang. Yang ni pun rasanya selalu berlaku. Masa takde duit, sanggup tebal muka pinjam. Nak bayar sikit punya liat. Kawan yang bagi hutang serba salah nak minta.
6. Dah bertahun tak tegur, tiba-tiba perli/terjah suka-suka kat wall facebook/twitter. Eh, lain macam je situasi dia kan? Hehehehe..
7. Perli-perli kawan. Sesekali mungkin dia boleh terima tapi kalau setiap kali jumpa, memang nak lari je lah gamaknya.. Hehehehe..
Okay. Secara amnya, kecil hati ni memang biasa berlaku tak mengira gender, kaum, bangsa dan sebagainya. Si Zool pun sering juga berkecil hati dengan kawan. Tapi sepatutnya kita tidak perlu memanjangkan ia. Saya sering mengingatkan diri bahawa kawan hanyalah sementara. Kalau kita tak mampu bertahan dengan mereka, cuba elakkan diri. Tak guna merosakkan diri hanya kerana kawan yang memberi masalah kepada kita. Anggaplah ianya sebagai hiburan dalam hidup.

Saturday, January 28, 2012

Doa Seorang Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman.
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.
Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan
memohon padaMu bagi pihaknya,
kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku
dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu
dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan.
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya.
Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya.
Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya.
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai
dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya
wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu
dan berubahnya kesejahteraanMu
dan mendadaknya seksaMu
dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan
dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah.
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya
dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya,
sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.
Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya.
Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya
dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah,
aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.
Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan
dan apa yang aku perlihatkan,
maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya.
Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya.

Ya Allah,
aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya,
dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya
dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya.
Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran.
Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan.
Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya.
Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu
dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai,
jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai
dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau.
Hanya kepadaMu aku bertawakal.
Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Friday, January 27, 2012

Di Sebalik Kelembutan Suaramu

RAMAI wanita pada zaman ini yang merelakan diri mereka menjadi bahan komoditi. Tidak hanya wajah dan tubuh yang menjadi barang dagangan, suara mereka juga boleh menghasilkan banyak wang. Suara lunak dan tawa seorang wanita terlalu sering kita dengar di sekitar kita, baik secara langsung atau melalui radio dan televisyen. Lebih-lebih lagi apabila wanita itu berkerjaya sebagai penyiar atau juruhebah kerana memang termasuk modal utamanya adalah suara yang lunak dan merdu.

Begitu mudahnya wanita tersebut memperdengarkan suara mereka yang bak buluh perindu, tanpa ada rasa takut kepada Allah s.w.t. Padahal Dia telah memperingatkan, yang bermaksud: “Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf.” (Al-Ahzab: 32)

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah, maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah).” (Riwayat Tirmizi)

Suara merupakan sebahagian daripada wanita sehingga suara termasuk aurat, demikian fatwa yang disampaikan oleh Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdirrahman Al-Jibrin sebagaimana ditulis di dalam kitab “Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah” (1/ 431, 434).

Para wanita diwajibkan menjauhi setiap perkara yang boleh mendekati kepada fitnah. Apabila mereka memperdengarkan suara, kemudian dengan itu terfitnahlah kaum lelaki, maka seharusnya mereka menghentikan ucapan. Oleh hal yang demikian itu, para wanita diperintahkan untuk tidak mengeraskan suara mereka ketika bertarbiah. Ketika mengingatkan imam yang keliru dalam solatnya, wanita tidak boleh memperdengarkan suaranya dengan bertasbih sebagaimana lelaki, tetapi cukup sekadar menepukkan tangannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Ucapan tasbih itu untuk lelaki, manakala tepuk tangan untuk wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Suara wanita di radio dan telefon, Asy Syaikh Muhammad Shalih Al-‘Utsaimin pernah ditanya: “Bolehkah seorang wanita berprofesyen sebagai penyiar radio, di mana ia memperdengarkan suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya? Apakah seorang lelaki boleh berbicara dengan wanita melalui telefon atau secara langsung?”

Asy Syaikh menjawab: “Apabila seorang wanita bekerja di stesen radio, maka dapat dipastikan ia akan ‘ikhtilath’ (bercampur-baur) dengan kaum lelaki. Bahkan seringkali ia berdua saja dengan seorang lelaki di ruang siaran. Yang seperti ini tidak diragukan lagi kemungkaran dan keharamannya. Telah jelas sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jangan sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita.”

Wednesday, January 25, 2012

Tanjung Balau 2012














kegembiran kami hnye terpacar di muka kami...
tapi kerisauan kami hnye ALLAH SWT saje yg tahu...

salam sokmo..:)

Gambar keindahan Alam..














Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Saturday, January 7, 2012

Puisi Tahun Baru 2012

Walau senja belum berlabuh
Walau malam belum berakhir
Dentum Meriam bak halilintar
Langit seakan pecah menyinari bumi

Saat itu kita merenung

Saat itu datangnya gembira
Seakan meriam teriakan malam
Cahaya kembang api pecahkan malam

Ingin kutinggalkan Luka lama

Untuk menyambut senyum yang baru
Tiupan terompet sebelum fajar
Saat kurangkai sebuah syair

Selamat Tahun Baru terlepas

Untukmu yang selalu kucintai
Untukmu yang selalu kusayangi

Itu saja Puisi Tahun Baru 2012 yang bisa kami tampilkan untuk anda.
Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk sama2 menikmati keindahan alam dan kehidupan berkeluarga di samping menjalankan segala ibadah umum dan khusus kita, sempena tahun 2012 ini tentu banyak muhasabah diri dan persekitaran yang diperlukan bagi memberi perbandingan antara sebelum dan selepas azam kita dilaksanakan. Apakah azam kita tahun 2011 dulu semuanya tercapai? Adakah ada azam 2011 yang dibawa ke tahun 2012? 

Tepuk dada tanyalah iman ye, uisshhh mcm ustazah Mashitah pula hehehhehe.....So just nak coretkan di sini azam2 yang akan dilaksanakan pada 2012 Insya Allah jika masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini.